|
|
|
|
|
|
Bahagian Maritim
|
| Dato' Abdullah Yusoff Bin Basiron |
| B. Sc. Ed. (Hons), Universiti Malaya, M. Sc. (General Maritime Administration), World Maritime University, SWEDEN |
- Setiausaha Bahagian, Maritim (1 Dis 2005 – Sekarang)
- Ketua Penolong Setiausaha, Keselamatan Maritim, Kementerian Pengangkutan (1991 – 2005)
- Penolong Setiausaha, Perkapalan, Kementerian Pengangkutan (1983 – 1991)
|
Bahagian Maritim terdiri daripada 5 unit utama iaitu Pelabuhan, Keselamatan Maritim, Ekonomi Maritim, Lembaga Pelesenan Perkapalan Dalam Negeri (LPPDN) dan Konvensyen Antarabangsa. Pejabat Atase Maritim diletakkan di bawah pentadbiran Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London yang berperanan memantau dan terlibat dalam perbahasan di International Maritime Organization yang melibatkan kepentingan sektor maritim Malaysia.
|
- Memastikan kepentingan Malaysia di peringkat antarabangsa berkaitan pengangkutan maritim sentiasa dipelihara;
- Memastikan dasar/kaedah/proses yang ditetapkan selaras dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif MKRA;
- Memproses dan meluluskan Lesen Perkapalan Dalam Negeri dari tarikh permohonan lengkap diterima:
| a. |
1 hari bekerja untuk kapal Malaysia yang memenuhi syarat umur di bawah 20 tahun dan mempunyai sekurang-kurangnya 1 orang warganegara Malaysia di peringkat rating. |
| b. |
4 hari bekerja untuk kapal Malaysia yang berumur 20 tahun ke atas atau tidak mempunyai rating warganegara Malaysia. |
| c. |
1 hari bekerja untuk kapal asing. |
- Mengeluarkan Lesen Perkapalan Dalam Negeri dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh bayaran lesen diterima;
- Menyediakan Terma Rujukan (TOR), membuat penilaian teknikal dan mengeluarkan hasil kajian konsep bagi projek-projek yang melibatkan sektor maritim dalam tempoh 2 bulan; dan
- Melayani aduan yang diterima dalam tempoh 3 hari.
|
- Menggalakkan penyertaan usahawan Malaysia dalam industri perkapalan di dalam dan luar negeri.
- Merancang dan melaksana dasar hal ehwal keselamatan pelayaran, pencegahan pencemaran dari kapal, keselamatan kapal, harta dan nyawa di laut.
- Membentuk dan melaksanakan dasar serta menyelaras dan mengawasi aktiviti operasi pelabuhan persekutuan.
- Memproses dan mengeluarkan lesen perkapalan dalam negeri.
|
- Menyediakan sistem pengangkutan maritim yang moden, efisien dan selamat.
- Menyediakan persekitaran kondusif bagi perdagangan tanpa sempadan yang berdaya saing.
- Memastikan pembangunan industri maritim konsisten dengan alam persekitaran.
|
|
|
|
|
|