Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 
Datin Hajjah Rohani Binti Musa
Ijazah Sarjana Perundangan dan Diplomasi (Kajian Strategik), Tufts University, Boston, Amerika Syarikat
  • Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,Kementerian Pengangkutan (2009 - Sekarang)
  • Setiausaha Bahagian (Tugas-Tugas Khas), Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Hubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (2007 – 2008)
  • Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Setiausaha Bahagian, Bahagian Antarabangsa, KementerianKeselamatan Dalam Negeri (2005 – 2007)
  • Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Dasar, Kementerian Pertahanan Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Perolehan (Udara),Kementerian Pertahanan (2003 – 2005)
  • Pendaftar, Institut Tadbiran Awam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam (2000 – 2003)
  • Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri Pengarah Pengurusan dan Keselamatan Sempadan / Pengurusan Strategik, Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri Pengarah Unit Jawatankuasa Perisikan Negara, Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (1995 – 2000)
  • Ketua Program Perundingan Antarabangsa, Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDHL), Jabatan Perdana Menteri (1992 – 1995)
  • Cuti Belajar Menghadiri Kursus Ijazah Perundangan dan Diplomasi (Kajian Strategik) di Fletcher School of Law and Diplomacy, Tufts University, Boston, Amerika Syarikat (1990 – 1992)
  • Pegawai Turus, Unit Perisikan Negara,Pejabat Majlis Keselamatan Negara,Jabatan Perdana Menteri (1987 – 1990)
  • Setiausaha Pertama, Kedutaan Besar Malaysia ke Belgium, Bruxelles dan di akreditasi ke North Atlantic Treaty Organization (NATO) (1983 – 1987)
  • Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (1981 – 1983)
Pengurusan sumber manusia merupakan bahagian yang bertanggungjawab secara khusus terhadap pengurusan sumber manusia di Kementerian Pengangkutan.

Ia juga berperanan sebagai “Mini Jabatan Perkhidmatan Awam” dengan menerajui pelaksanaan dasar sumber manusia sektor awam. Ia juga mengawasi pelaksanaan yang efisen dalam pengurusan sumber manusia di jabatan-jabatan dan badan-badan berkanun dibawah Kementerian.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia terbahagi kepada tiga unit: Unit Perkhidmatan, Unit Pembangunan Organisasi dan Unit Pembangunan Kerjaya.

  • Memastikan proses kerja bagi semua urusan perkhidmatan dilaksanakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  • Memastikan pegawai menghadiri minimum tujuh (7) hari kursus dalam setahun.
  • Memastikan kursus dan peperiksaan tahunan dilaksanakan mengikut perancangan Kementerian.
  • Memastikan permohonan penyusunan semula organisasi, pengukuhan penjawatan, pengwujudan bahagian/unit/agensi baru dan semakan skim-skim perkhidmatan beserta elaun dikaji dan diproses dalam tempoh 60 hari dari tarikh permohonan diterima.
  • Mengemukakan perakuan kes tatatertib untuk pertimbangan Pengerusi Lembaga Tatatertib sebanyak 4 kali setahun.
  • Memastikan perakuan penerimaan aduan perkhidmatan dikemukakan dalam tempoh 1 hari dan menyelesaikan aduan dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan diterima.
  • Menyediakan cadangan pencalonan bagi penganugerahan Darjah Kebesaran / Bintang / Pingat Negeri / Persekutuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat permohonan pencalonan oleh Urusetia diterima.
  • Mengendalikan dan menguruskan hal ehwal perkhidmatan pegawai.
  • Mengurusetia Panel Pembangunan Sumber Manusia.
  • Menguruskan pencalonan penganugerahan Darjah Kebesaran / Bintang / Pingat Negeri / Persekutuan.
  • Menguruskan pelaksanaan Modul Islam Hadhari.
  • Menguruskan urusan berkaitan psikologi dan kaunseling.
  • Menguruskan pembangunan latihan dan kompetensi personel.
  • Menguruskan penyusunan semula organisasi, pengukuhan perjawatan dan naziran.
  • Mengurusetiakan Mesyuarat Peralihan Sumber Manusia bagi cadangan penswastaan.
  • Menyediakan khidmat sokongan kepada Bahagian-Bahagian di Kementerian ,Jabatan-Jabatan dan Badan-Badan Berkanun di bawahnya dalam bidang perkhidmatan, pembangunan organisasi, pembangunan kerjaya, pengurusan prestasi dan tatatertib serta pembangunan sumber manusia dan latihan.
Skip navigation links
Bahagian Akaun
Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
Bahagian Udara
Bahagian Pembangunan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Pengurusan Maklumat
Bahagian Maritim
Bahagian Darat
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan