|
|
|
|
|
|
Bahagian Udara
|
| Encik Chandrasekaran a/l Periappan |
| Ijazah Sarjana Sains, University of Strathclyde, Scotland |
- Setiausaha Bahagian, JUSA C, Kementerian Pengangkutan (September 2008 – Sekarang)
- Timbalan Setiausaha Bahagian, PTD M54,Kementerian Pengangkutan (September 2006 – Ogos 2008)
- Ketua Penolong Setiausaha, PTD M52, Kementerian Pengangkutan (Januari 2005 – Ogos 2006 )
- Ketua Penolong Setiausaha, PTD M48, Bahagian Maritim, Kementerian Pengangkutan (Januari 2000 – Disember 2004)
- Melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sarjana Sains (Sept 1997 – Ogos 1999)
- Penolong Pengarah Kanan A11, Bahagian Sains dan Teknologi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Januari 1992 – Ogos 1997)
- Penolong Pengarah, A19, MAMPU, Jabatan Perdana Menteri (Januari 1983 – Disember 1991)
- Diploma Pengurusan INTAN (Januari1982 – Disember 1982)
- Assistant Manager, Sime Darby (April 1980 – Mei 1981)
|
Bahagian Udara merupakan salah satu bahagian yang penting di Kementerian Pengangkutan Malaysia. Bahagian ini bertanggungjawab terhadap semua urusan hal ehwal industri penerbangan awam di Malaysia. Bahagian ini adalah terdiri daripada lima unit seperti berikut:
- Pengangkutan Udara
- Perkhidmatan Lapangan Terbang
- Industri Aeroangkasa & Hubbing
- Perlesenan & Perkhidmatan Udara Luar Bandar
- Keselamatan & Konvensyen
|
- Memproses permohonan syarikat-syarikat penerbangan berjadual untuk menambah atau mengadakan penerbangan ke laluan-laluan baru dalam tempoh 2 minggu.
- Memproses permohonan syarikat-syarikat penerbangan tidak berjadual untuk mengadakan penerbangan charter dalam masa 1 minggu.
- Memastikan kepentingan Malaysia di peringkat antarabangsa berkaitan pengangkutan udara sentiasa dipelihara dan selaras dengan keperluan-keperluan ICAO dan IATA.
- Memastikan dasar / kaedah / proses yang ditetapkan selaras dengan pelaksanaan inisiatif MKRA.
- Memproses permohonan penutupan ruang udara dan keperluan beroperasi di kawasan No Fly Zone dalam masa 3 minggu.
- Memproses permohonan untuk menaik taraf/membina lapangan terbang dan sistem dalam tempoh 3 bulan.
- Memproses permohonan Lesen (ASL) dan Permit-permit berkaitan udara (ASP, Sekolah latihan penerbangan) dalam tempoh 1 bulan.
- Menyediakan Terma Rujukan (TOR), membuat penilaian teknikal dan mengeluarkan hasil kajian konsep bagi projek-projek yang melibatkan sektor udara dalam tempoh 2 bulan.
- Melayani aduan yang diterima dalam tempoh 3 hari bekerja.
|
- Merancang serta mengkaji dasar-dasar berhubung perkhidmatan pengangkutan udara.
- Memperluaskan rangkaian perkhidmatan udara antarabangsa menerusi rundingan-rundingan udara.
- Memastikan perancangan, pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur lapangan terbang mengikuti piawaian yang ditetapkan.
- Memastikan aspek-aspek perundangan dan peraturan penerbangan awam/pengangkutan udara adalah sejajar dengan kehendak Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (International Civil Aviation Organisation - ICAO).
|
- Merancang serta mewujudkan sistem pengangkutan udara yang cekap, berkesan dan selamat untuk penumpang dan kargo.
- Merancang serta mewujudkan infrastruktur bagi menyokong keperluan pengangkutan udara.
|
|
|
|
|
|